Thursday, January 27, 2011

DIRIKU YG MENCECAH KANDUNGAN 39 MINGGU.... WOW !!!!!

today genaplah kandunganku 39 minggu....dah ramai tanye bile aku nk meletop?? n jawapannya aku sndiri pon xtau sbb mmg xde tnde2 aku nk bsalin...tp skrg nih aku mmg kerap sakit blkng dan sakit perot... but, doctor kata if aku blh thn msih ok lg... so, ok lg kot....hehehee.... bile la agknyer ank aku nie nk keluar yer.. yg penting aku mmg xsabar nk tggu my 1st baby n aku jgak xsaba nk diurut oleh tukang urut lps bsalin nie...yahooo.....mengikut ramalan doctor, aku bakal menimang baby girl..so, ape yer nama nak aku ltk pd baby aku nih... aku b4 nk tdo msti pk nl ltk nama ape... korg rse kalo aku ltk nama  "NUR DANIA BATRISYA" ok x? NUR  mean cahaya.... DANIA mean hampir.... n BATRISYA mean cerdik...heheee... so ape suggest korg?????

PERSIAPAN YANG PERLU DIBAWA KETIKA DI HOSPITAL....

"Pejam celik...pejam celik...kandungan aku da mask 39 week da...tp xde tnde2 nk bsalin pon...heheeee...td aku ade search intenet brg2 yg perlu di bw mse kat hospital nnt...so, kat cni aku nk share kat korg ape brg yg pntng utk kita bw mase kat hospital nnt....so, jom kita baca sme2"....

- Biasanya ibu2 yg bersalin normal akan tinggal di hospital hingga hari ke-2. Manakala ibu2 yg bersalin scr pembedahan pula memakan masa selama 3 hingga 4 hari bg memastikan keadaan ibu dan bayi stabil.Jika bayi didapati terkena demam kuning pula, mungkin akan berada lebih lama di hospital....

- Antara barang2 yg perlu di bawa ke hospital ialah :

Buku Laporan Kesihatan Ibu Mengandung 
  • Biasanya buku ini dipanggil buku merah. Jika anda membuat pemeriksaan di antenatal di klinik kerajaan, anda akan mendapt buku ini. Jika anda membuat pemeriksaan di klinik swasta,bawalah juga buku laporan perubatan jika ada...Buku laporan ini sgt pntg krn ia mengandungi laporan kesihatan anda sepanjang kehamilan. Ini dpt memudahkan pihak hospital untuk membuat rujukan segera jika ada apa2 komplikasi ketika kelahiran nnti. Ia juga amat diperlukan ketika mendaftar kelahiran ank dan dftar msk sekolah rendah...
Sepasang Baju Ketika Anda Pulang Ke Hospital
  • Anda mungkin masih kelihatan seperti hamil ketika ini. Ini krn tubuh memerlukan masa utk kembali seperti biasa. Oleh itu, bw lah baju yg selesa dan tidak sempit. Anda tidak perlu membawa baju yg byk krn pihak hospital ada menyediakan baju khas utk para pesakit.....
Sandal / Seliper
  • Bw sandal atau seliper yg sesuai utk digunakan didlm wad dan utk ke bilik air atau tandas dan pastikan tapak sandal tidak licin.
Stokin
  • Anda perlulah membawa 2 psg stokin krn slps bersalin, suhu bdn tidak menentu. Ini disebabkan bdn anda dlm proses pemulihan dan penyesuaian utk kmbali kpd keadaan asl...
Pakaian Dalam
  • Bw lah bra yg sesuai utk menyusu bayi anda. Bawa juga seluar dlm yg secukupnyer sepjg anda berada di hospital. Seluar dlm yg lbh bsr atau seluar dlm yg anda gunakan sepjg kehamilan blh digunakan. Mungkin tidak selesa jika anda menggunakan seluar dlm yg kcil dgn keadaan perut anda yg sdg dlm proses pemulihan...
Tuala Wanita Khusus Utk Ibu Bersalin
  • Terdapat byk tuala wanita yg di jual di pasaran. Pilihlah bentuk dan jenama yg selesa yg mudah di pakai...
Kelengkapan Sendiri Spt Sikat, Sabun, Berus Gigi, Ubt Gigi, Syampu, Bedak, deodorant dll
  • Anda perlu tampil ceria dan kemas walaupun dalam masa berpantang. Jika ini kelahiran bayi sulung anda, mungkin ramai kwn dan saudara mara anda yg mahu menziarahi di hospital..
Ubat - Ubatan
  • Sediakan ubt -ubatan spt mnyk urut dan lain2. Manalah tahu anda memerlukan jika lenguh2 bdn dan tidak selesa....
Makanan Dan Minuman
  • Siapa kata makanan dan minuman tidak blh di bw ke hospital? Bw lah sekurang - kurangnya biskut kering bg mengelakkan anda berasa lapar selepas menyusu bayi. Anda juga tidak perlu gusar krn pihak hospital ada menyediakan makanan ketika anda berada di sana. Anda juga digalakkan membawa termos air utk menyimpan air panas....
Keperluan Utk Bayi Anda

Lampin Bayi
  • Lampin bayi tidak disediakan olh pohak hospital. Bw lah lebih lampin bayi krn bayi yg baru lahir akn kerap membuang air kcl dan besar. Bw bersama tisu basah dan kelengkapan lain utk membersihkan bayi....
Baju bayi,Sarung Kaki Dan Sarung Tangan Bayi
  • Biasanya di hospital, nurse akn memandikan bayi pd waktu pg shj.Sesudah memandikan bayi, nurse akan menyerahkan bayi kpd anda utk dipakaikan baju, bengkung,sarung tgn dan srg kaki. Bw lah pakaian bayi secukupnya....

Selimut Bayi
  • Bayi yg baru lahir akn dibalut dgn selimut atau bedung. Ini bg mengelakkannya drpd mudah terkejut. Jika dibalut begitu,bayi anda akn tidur dgn lebih nyenyak....

INGAT !!!!!!!

- PERSIAPKANLAH APA YG PERLU ANDA BW KE HOSPITAL DLM 1 BEG DAN LETAKKAN DITEMPAT YG MUDAH UTK DILIHAT DAN DICAPAI. JIKA RISAU TERLUPA MEMBAWANYA, LETAKKAN SIAP2 DIDALAM KERETA ANDA. BW LAH KEMANA2 ANDA PERGI DAN JGN LUPA MEMBERITAHU PASANGAN ANDA TENTANGYA....

Wednesday, January 26, 2011

PoSiSi TiDuR YanG BeTuL KeTiKa HaMiL......



Pakar-pakar perubatan menganjurkan supaya selepas minggu ke 16 kehamilan, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi miring ke sisi kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih.



Ia disebabkan adanya vena besar (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan.


Untuk tidur dengan posisi miring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha anda dan satu di punggung anda. Atau anda boleh mendapatkan bantal tidur yang khusus untuk ibu hamil.


 
Hindari Terlalu banyak Makan Sebelum Tidur

Ibu hamil sering kali berasa ingin makan sesuatu pada malam hari. Tetapi berhati-hatilah kerana ia akan mempengaruhi tidur anda. Cubalah untuk menghindari makan yang banyak atau terlalu kenyang sebelum tidur. Anda dapat mengantikannya dengan makanan ringan yang lain atau dengan segelas susu panas. Ia adalah untuk mengurangkan rasa tidak selesa di ulu hati atau perut anda yang juga akan mempengaruhi waktu tidur anda.

 


Minum Segelas Susu Panas

Ia akan membantu anda untuk tidur nyenyak kerana susu mengandungi asid amino tryptophan yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak yang akan membantu anda untuk tidur.

 
Mandi Dengan Air Panas
Mandilah dengan air panas (tidak terlalu panas) dengan sabun yang wangi. Rasa segar akan membantu anda bersiap untuk tidur.

Posisi Tidur Yang Selesa

Faktor yang terpenting untuk dapat tidur dengan selesa adalah tidur dalam posisi tidur yang terbaik untuk anda. Posisi tidur terbaik yang dianjurkan sepanjang tempoh kehamilan adalah posisi tidur miring ke sisi kiri anda. Ini dapat membantu meningkatkan pengaliran darah, oksigen dan nutrisi kepada plasenta.


 
Tips Mengatasi Kesulitan Tidur Semasa Kehamilan


Jika anda terbangun pada waktu malam dan mendapati anda sedang terlentang, jangan bimbang. Anda tidak melakukan sesuatu yang mencederakan bayi anda. Kembali saja ke posisi miring.


Selain itu, terdapat juga mereka yang mengalami peningkatan tekanan darah. Sekiranya ibu hamil yang mempunyai tekanan darah yang tinggi, adalah amat tidak digalakkan untuk tidur dengan posisi terlentang.


Selepas minggu ke 16 kehamilan, adalah digalakkan ibu hamil supaya tidak tidur terlentang kerana posisi tidur ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus, dan inferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan, dan mengganggu pernafasan dan peredaran darah. Posisi tidur terlentang pada trimester kedua dan ketiga juga dapat mempengaruhi tekanan darah. Terdapat sesetengah wanita yang menunjukkan penurunan tekanan darah yang membuatkan mereka berasa pening kepala.


Tidur Dengan Posisi Terlentang

Tidur posisi mengiring ke kanan juga baik dan anda boleh mengubah posisi miring ke kanan dan ke kiri untuk membuatkan tidur anda lebih selesa.


Latihan Menarik Nafas


Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan membantu anda untuk tidur lebih baik. Carilah posisi yang selesa untuk anda duduk, berdiri ataupun berbaring, lalu tariklah nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama 1-2 saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. lakukan beberapa kali.